rasanya dah lame sgt ak xmemblogkan diri.. ..
entri kali ak rase nak perihalkan berkenaan musibah di jepun
tarikh dimana negara Jepun,iaitu sebuah negara termaju telah ditimpa musibah
dengan gempa bumi sekuat 8.9 scalar ritcher diikuti dengan gempa bumi
susulan sekuat >6 scalar ritcher
gegaran adalah dikesan di 10 km dan 125 km di timur jepun.. .
gempa bumi ini berlaku di timur laut sendai,honshu japan
Gempa bumi ini telah mengakibatkan tsunami setinggi 10m di timur laut jepun
serta mengakibat kematian berjumlah puluhan ribu
amaran tsunami telah dikeluarkan di sebanyak 20 buah
negara kesan daripada
kekuatan gempa bumi tersebut
impak gempa bumi dan tsunami di jepun telah menyebabkan
kemalangan jiwa yang banyak disamping kerosakan harta benda serta
infrastruktur yg teruk.
lapangan terbang sendai telah dibanjiri air sejam selepas gempa bumi.
Ini memaksa lapangan terbang tersebut ditutup.
Tidak berakhir dengan gempa bumi dan tsunami yang membadai jepun
jepun sekali lagi digemparkan dengan letupan reaktor nuklear yang
menyebabkan kebocoran radiasi
sehingga kini di tokyo dan saitama ,tahap radiasi telah mencapai
40 kali ganda tahap normal.
musibah yg menimpa jepun ini sewajarnya diambil peringatan oleh kita semua
betapa kuasa ALLAH itu sangat hebat
siapa sangka negara yg mempunyai kepakaran teknologi ini tidak mampu
menangkis kuasa ALLAH
Seperti dalam firmanNya,
"dan dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataaNya diwaktu dia mengatakan: "Jadilah,lalu terjadilah" dan ditanganNya lah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup.Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak,dan dia lah maha bijaksana lagi maha mengetahui " (surah al Anaam : 73)
Sikap penduduk serta media jepun sewajarnya di puji
kerana pernah memaparkan gambar2 mayat kesan daripada tragedi tersebut.
marilah bersama-sama kita mengambil iktibar daripada tragedi ini,janganlah kita
menjadikan musibah ini sebagai suatu gurauan
samada melalui post2
di dalam laman sosial
dan sebagainya,kerana siapa tahu ap pula yg akan berlaku selepas ini.
bersama-samalah kita mendoakan kesejahteraan rakyat jepun semoga ,mereka
cekal dan tabah menghadapi dugaan ini
gambar sebelum dan selepas tsunami