Saturday, February 12, 2011

.:: hARAm kekAL haRAM ::.

Assalamualaikm  ....


Kali ni ak nak kongsi sedikit sebanyak berkaitan pengalaman klinkal ak baru2 ni.. ..daripada yang dapat ak kenalpasti,ad suatu benda yang ak rasakan macam menarik je utk dikongsi..hurm... benda ni ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat melayu dulu-dulu dan sampai sekarang ,dalam dunia yg serba moden ni benda ni masih lagi wujud.. .Nak ringkaskan cerita,ap yang ak nak kongsi kali adalah berkaitan dengan susuk,agak seram jugak ni.


        kalau korg nak tahu susuk ni terbahagi kepada tiga.. Ada susuk jenis kebal,kecantikan dan juga susuk suara.Dalam islam,pemakaian susuk ni amatlah ditegah dan 'sudah terang lagi bersuluh' bahawa pemakaiannya adalah haram.Cara pemakaiannya adalah secara halus ataupun menggunakan bantuan jin.Pemakaian susuk ini boleh menjerumuskan seseorang itu kepda lembah syirik, 


Allah s.w.t berfirman,
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa selain (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” (An Nisaa: 48)


Susuk ini juga ad 2 jenis sifat iaitu sifat jantan dan sifat betina. Boleh dikatakan sifat betina adalah lebih laris daripada sifat jantan.Kebiasaanya,manusia yang memakai susuk ini adalah bagi menutup kelemahan diri sendiri.Bagi wanita,pemakaian susuk ini adalah supaya wajah  mereka kelihatan berseri-seri. Bagi pemakai susuk ini sudah pasti mereka akan cuba merahsiakan dari pengetahuan orang lain.Bagi lelaki pula,ad yang menggunakan susuk supaya lebih kuat ataupun lebih betenaga ketika diranjang....




''X-ray never lied us" berdasarkan pada pengalaman ak minggu lepas,kerja sebagai medical imaging sangat lah menarik terutama apabila kita dapat melihat artifak atau susuk ini pada badan pesakit.. ..ada yang memakai di dada,muka, dan sebagainya.


persoalannya,benarkah susuk boleh menyebabkan seseorang itu cantik atau kuat?? ?


Seperti kata seorang ustaz ''kecantikan sebenar adalah terletak pada hati yang baik dan ikhlas,bukannya pada rupa paras''


''jika hati kita bersih,kecantikan sebenar itu akan terserlah dari dalam''






ni ap yang ak dapt last week..






it was AP and LAT lumbar.. ..pt with plating.. ,,PID kot.. ...


Semoga kita dijauhkan daripada terjerumus ke dalam lembah dosa  akibat daripada pemakaian benda haram ini... ..


firman Allah s.w.t
“ Tidaklah Allah meletakkan tanggungjawab pada seseorang melainkan dengan sekadar dengan kemampuannya” (Al-Baqarah : 286).


disimpulkan bahawa,Allah s.w.t hanya menguji kemampuan pada diri seseorang manusia itu sesuai dengan ap yang boleh dipikulnya... ...


sekian ,



No comments:

Post a Comment