Friday, February 4, 2011


SeTIAP hidupan pasti akan mengalami kesakitan,pain,stifness n so on,,,, .kenapa hospital dibina?? mestilah untuk merawat pesakit kan... .cuba kita hitung berapa banyak hospital di negara kita???agak2nya berapa ek...????semestinya banyak ...tengok ,betapa sinonimnya kesakitan dengan kita.. ..

pernah kita terfikir mngapa manusia diuji dengan kesakitan?

agak-agaknya kenapa ek??
cba kita perhatikan potongan ayat ini :


وقوله صلى الله عليه وسلم: “واعلم أن في الصبر على ما تكره خيرا كثيرا”


maksudnya
Iaitu apa sahaja yang menimpa seorang hamba dari musibah yang menyakitkan dan telah ditetapkan kepadanya, jika dia bersabar terhadap musibah itu, sesungguhnya bagi dirinya akan memperolehi kebaikan yang banyak.


perhatikan
(pada maksud potongan ayat diatas ,kunci utamanya ada KESABARAN )





Allah S.W.T menguji manusia dengan pelbagai jenis musibah kesakitan ;






Antara himah kesakiTAn adalah 
1.menyedarkan kepada kita betapa lemahnya kita dalam mengawal faktor luaran dan betapa perlunya kita kepada kekuatan Allah, firman Allah :” ….dan manusia dijadikan bersifat lemah. [An Nisa’:28]. 


2.merupakan satu kaffarah (penghapusan ) dosa kita masa lalu samada kita sedari atau tidak sedari. Selain itu mungkin juga Allah hendak meningkatkan martabat taqwa kita. 


..betapa agungnya kuasa Allah yang berkuasa memberikan ujian kepada kita,seharusnya,kita sebagai manusia yang lemah hendaklah sentiasa berdoa memohon keampunannya.. .










Sesungguhnya ,doa merupakan senjata orang mukmin...wasslammm...



No comments:

Post a Comment